Wednesday, September 2, 2009

Merdeka...is that all??


Source: Wikipedia

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957


Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.


Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.


Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.


-----------------------------------------------------------------------------


Bila bace balik bab-bab sejarah ni, salah satu elemen yang kite makin lupe ialah "MERDEKA". Adakah kite memahami dengan mendalam berkenaan dengan Merdeka ni? Rata-rata, semuanya tahu 31 Ogos 1957 adalah tarikh bersejarah dinegara tercinta, tapi adakah kita tahu bagaimana perjuangan mereka (nenek-moyang) untuk mencapai tahap ni? Nak2 lagi generasi baru, generasi millenium bak kate orang la kan, time merdeka, mercun sana mercun sini, jerit sana jerit sini, lepak sana lepak sini, sy tak cakap sume ni salah, kadang2 entertainment sebegini rupe mmg perlu, tapi takleh la selalu..sbb tu parents kite (kebyykannye) marah kalo kite buat perkara2 yg tak mendatangkan faedah utk diri sendiri khasnya dan masyarakat umumnya..


Satu perkara lagi ttg kita orang melayu ni, asyik tak puas atii je keje..nk komen sane nk komen sini, cube sekali sekala kite jadikan diri ni berfikiran positif, try nk challenge something, try to create something..sorry to say, but that is who we are now..minyak naik, complaint sana complaint sini, slhkan org tu slhkan org ni, tak siasat lagi dah tak puas ati..lagi satu, kalo org tu ada duit sket, "haaaa, ada la tu, amik projek je keje, ntah duit dpt dari mane ntah...", terus pk mcm tu...sy ckp berdasarkan pengalaman dan bukti2 yg terjadi didepan mate, jgn cakap org muda, org2 veteran pon 2x5 je...no wonder Tun dah agak fedap (ayat kasar sket, sori geng) dengan kita sume ni, usaha die nk memartabatkan org melayu dekat persada dunia, sangkut la plak...tapi susah jugak, kalo pemimpin pemikirannya 20 tahun ke depan kalo pengikut2, rakyat jelata still nk duk bawah pokok nyior, bukan nk duduk dlm umah ada aircond, sekali sekali pasang kipas...ertinye, nk majukan diri la sikit, pastu kadang2 rase susah, so kite slalo beringat, kesenangan yg kite dapat, tak semestinye kekal lame..kene sentiasa berwaspada dan ambil langkah2 yg betul...sy tatau la nk cakap mcm mane lg, kalo shbt2 yg kenal sy ni senang je diorang cakap, "ko takpe la, family dah stable", tapi ade tak yg pikir mcm mane family aku ni nk jadi agak senang (sederhana)..aku witness dengan mata kepala aku, mcm mane ayah aku dari satu habuk tarak, pastu slow-slow naik...org nmpk ape yg ada depan mate, tapi tanak pk "Mcm mane mamat ni bleh jadi senang, aku nk gak senang, tapi mcm mane nk stat?.."..kalo fikiran positif nk same2 maju, insyaAllah sume kite buat, dimakbulkan, dan berbekalkan nawaitul yg btol2 bersih dan ikhlas...tak semestinya orang yg x tinggal semayang tu lebih bagus dari yg tak semayang (no offense, ini apa yg berlaku sekarang)..yg paling aku sedih, ada shbt aku ni, mmg orang kuat agama, tapi time first time pilihanraya, pangkah parti yg terang-terangan tanak Islam (kalo tgk time PRU, cube korang singgah kat area BB, Pudu, berlambak kain rentang berslogan "We do not want Islamic Country", heyy come on la, Malaysia is Malay origin brader, korang datang hijrah dari luar kawasan, senang2 je nk cakap mcm tu)..tu yg sedih tu..nk lagi kite org melayu, lagi nk gado2 same sendiri, org kat luar tgk duk gelak je..takde semangat ke kite nk jage sesame kite ni?...tolong la sahabat-sahabatku, bersatu la, ape yg ade skang, mmg tak perfect, mane ade dlm dunia ni perfect..tapi kalo kite mengejar utk kesempurnaan (walopon mmg tak akan perfect punye), secara tak lgsg kite majukan diri kite...


Ingat la sahabat-sahabatku, apa yg ada didepan mata sekarang mungkin tiada dihari esoknya...bersyukur la apa yg ada, dan cube utk maintainkan dan majukan bersama2..takyah la duk nk gado same2 kite..pikirkan balik asal usul kite, siapa yg sebenar2nye memperjuangkan hak-hak orang melayu, hak beragama (Islam agama Rasmi) dan macam2 lagi...semuanye tak perfect, tapi kite sebagai generasi baru lambat laun akan mengambil alih tampuk kepimpinan negara dari generasi2 veteran..nk ke, tanak ke, kene jugak...kalo tak, takkan nk kasik kt orang mmg nk hancurkan kite? nk ke jadi mcm negara2 jiran dikawal oleh orang barat? nk ke? ikshh, aku tanak..mlm2 je duk dalam umah, kat luar bunyi dum dam dum dam, bukan mercun, bunyi orang tembak-menembak...senang2 je bunuh org, priceless...


Kawan2, adik2, kakak2, abg2, pakcik2, makcik2, dan sahabat2ku, ingat la kembali bagaimana Tunku Abdul Rahman nk merdeka kan negara kite, sakitnye mereka, pengorbanan mereka semata-mata utk kite sekarang..nk kite kuburkan ape yg mereka kecapi utk negara ini, nk ke kite jadi hamba abdi org2 barat, nk ke kite berbalik zaman jahiliah, nk ke kite berbalik zaman batu?..come on la, kate new millenium, fikiran kene la millenium jugak, jgn la lupe akidah kite, jgn lupe asal usul kite, "Buang yg keruh, ambil yg jernih", mmg kene btol pepatah ni..udah2 la tu, aku yg tersgt la muda utk pk perkara2 ni (aku yakin ramai lagi pk mende yg same mcm aku, cume tadak right channel nk meluahkan dan kasik sume orang tgk dan paham)..nk wat camne, aku pk, kalo ak tak buat, sape lagi nk buat..baik buat sekarang, dari menyesal terus...

Wahai Melayu, bangunlah, bangunlah..hidupkan kembali zaman2 kegemilangan kite, utk kite terus hidup dibumi yg kite cinta ini dalam keadaan damai dan sentosa..amin2...


Puh kanan, puh kiri,

Kalo dh senang, jgn lupe diri..


Wslm…

Sunday, August 30, 2009

Merdeka...Merdeka...Merdeka....


NATIONAL DAY ADDRESS BY
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
ON 30 AUGUST 2009 (SUNDAY), 9 PM

52nd National Day Address

Below is the translation of my National Day address delivered in conjunction with the 52nd year of Malaysia's independence.



Bismillahirahmannirrahim


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia.

Ladies and Gentlemen,

1. Alhamdulillah, firstly let us all give thanks to Allah S.W.T for His blessings that tomorrow we will celebrate our 52nd independence day with the theme 1Malaysia People First Performance Now.

2. Fifty two years ago, a group of national patriots led by YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj successfully gained this country its independence after nearly five centuries under colonial rule.

3. The post-independent period saw the task and responsibility of determining the direction of this great land once held by colonists pass into the hands of its native sons.

4. With a new government bearing limited administrative experience, amidst the still-unabated communist upheavals, a socio-economic imbalance grew and spread, reinforced by the multi-ethnicity of a young nation, hence many predicted a pending demise of Malaya.

5. Despite the predictions, we have proven the sceptics wrong. In the five decades of our independence we have emerged among the leaders of the developing nations. We became the first country in the world to defeat the communist uprising and brought social justice through a sense of equal ownership within a short period of a mere two generations.

Ladies and Gentlemen,

6. What is this secret formula that drives our success? Certainly and undoubtedly, it is unity amongst our people of various ethnicity and beliefs, based upon a philosophy that celebrates diversity as a source of strength, rather than a point of discord that causes disunity.

7. Sadly, the passing of time has witnessed the bridge painstakingly built by our forefathers now shaken by certain quarters that attempt to disrupt the peace. They have exploited the fine lines that exist in a multi-ethnic society, be it political, religious or social in nature, to serve their own warped agenda.

8. At this crossroads, the biggest challenge facing Malaysians is to restore this bridge and demolish the walls that separate us. At its core, we must continue to manage success, building upon what we have achieved by cultivating the principles we have long nurtured. Let us remember that what we now enjoy might not become better, instead it could deteriorate if neglected. The proof is in the world’s history, where success poorly managed ends in failure.

9. It is true that success does not come easy. Hence, I must remind everyone especially the younger generation that the good fortune we enjoy today did not come without careful planning, efficient implementation and great sacrifice.

10. This success is the result of the great struggles, blood, sweat and tears of our heroes whether sung of or not. It was built by our ancestors. It was defended by our security forces who were ready to give up their lives. It was nurtured by scholars and educators who strove regularly in classrooms and lecture halls. It was enhanced by heroes of the private sector, corporate heroes, hawkers and small entrepreneurs who tirelessly worked for prosperity. Finally, it was catalysed by the dedicated public servants.

11. Clearly, the success and prosperity of Malaysia all this while grew and developed out of the contribution and support of people of all races, all religious beliefs, all walks of life, whether in rural or urban areas, whether the haves or have-nots, old or young. Therefore, I wish to reaffirm that every one of us is given equal opportunity under the Malaysian sky. The only barrier to our individual achievement is the will to succeed, the willingness to work hard, and the courage to take risks.

Ladies and Gentlemen,

12. Above all else, for over five decades Malaysia has faced numerous milestones. All of them were met for better or for worse with a united spirit.

13. Beginning from the bitter chapter of the Bintang Tiga brutality, the monumental need to create meaning to our independence which was gained without bloodshed, through socioeconomic bias, ethnic discord on 13 May ’69, the economic downturn of the 80s and the Asian economic crisis at the end of the 90s. All of these were confronted and all of these we survived. Clearly regardless of our achievements, we cannot afford to rest upon our laurels without striving for more success.

14. With that in mind, in order to ensure a better tomorrow the government has introduced more effective policies that will propel us forward towards becoming a developed nation. At the beginning of my administration I had initiated the 1Malaysia concept based upon the Federal Constitution and Rukun Negara as the foundation for the government’s goals. We do not stop at setting a mission statement, instead we have constructed concrete initiatives. Starting with efforts to overhaul the public service delivery system, promoting the public welfare agenda as a government priority leads to efforts to stimulate the national economy so that continuous prosperity can be enjoyed by the country and its people.

15. In closing, let us reignite the spirit of patriotism by dedicating our efforts unequivocally in the name of 1Malaysia. Let us realise a more prosperous and peaceful future for all Malaysians. Let us ensure the hallowed banner of our Jalur Gemilang flies proud in the eyes of the world. Together, let us pray for this noble journey to continue, blessed and guided by God.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh. Thank You.

Source: www.1malaysia.com.my

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak, menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak kalangan dalam masyarakat kita, dan masing-masing mulai membuat pentafsiran sendiri terhadap gagasan tersebut.

Terdapat reaksi yang baik dan positif daripada sesetengah kumpulan masyarakat. Tetapi tidak dapat dinafikan, persepsi negatif dan rasa kebimbangan akan timbul juga, terutamanya terhadap sesuatu visi yang baru, khususnya apabila terlalu banyak lahirnya spekulasi yang cuba memberikan gambaran yang agak mengelirukan terhadap sesuatu gagasan yang baru itu.

Bagi saya, apa-apa sahaja gagasan dan visi baru yang dilancarkan oleh mana-mana pihak, maka hakikatnya segala sesuatu yang telah tersurat didalam Perlembagaan negara tentulah tidak akan disentuh. Malah peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan tentulah akan menjadi asas penting yang tidak boleh dicabuli. Hal inilah juga yang ditegaskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini ketika menjelaskan lagi konsep Satu Malaysia yang dimaksudkan itu.

Satu Malaysia dari perspektif agama umpamanya, maka telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan Negara kita bahawa Islam adalah agama negara, dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam Negara kita secara aman dan harmoni. Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan. Maka kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam seperti yang termaktub. Dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan kepada agama-agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negara dengan permuafakatan semua kaum di Malaya ketika Perlembagan Malaya Merdeka dirangka, sekaligus mambawa kepada pencapaian kemerdekaan negara pada 31 Ogos 19657. Pesefahaman juga telah dicapai dengan meletetakkan Islam sebagai agama persekutuan. Sebagai timbal balasnya, agama-agama lain boleh diamalkan oleh para penganut masing-masing di dalam aman dan harmoni.

Oleh itu dari sudut agamanya, konsep Satu Malaysia sebenarnya telah memberikan pengisiannya yang lengkap semanjak penggubalan Perlembagaan Negara menjelang tarikh kemerdekan pada 31 Ogos 1957. Dan sehinggalah ke hari ini, kita tetap mempertahankan kedaulatan perlembagan kita itu dari sudut kedudukan agama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

SATU MALAYSIA RENTETAN SEJARAH DUNIA

Sejarah pembangunan tamadun islam semanjak zaman Rasulullah S.A.W. sehingga ke zaman kegemilangan islam yang bertapak di Eropah dan China, mambuktikan, konsep ‘satu’ agama yang merujuk kepada agama tauhid yang merangkumi sistem akidah, syariah dan moral penganut Islam sentiasa mampunyai prinsip mamberikan kebebasan beragama kepada semua orang dan menghormati penganut agama lain dan amalan yang mereka lakukan dalam agama mereka.

Sejarah turut membuktikan, pemerintahan Islam semasa Rasulullah S.A.W. di Madinah, dan semasa Islam memerintah Andalusia, pemerintah tetap berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa sebarang tekanan yang boleh membawa kepada konflik sekaligus menimbulkan perpecahan dan sengketa di dalam masyarakat. Dasar ini dihormati dan difahami oleh semua warga yang menjadi rakyat dibawah pemerintahan itu. Lalu tidak terdapat sebarang gerakan atau pengkhianatan yang berlaku di kalangan rakyat sehingga memungkinkan timbulnya rasa resah gelisah dan tidak puas hati di antara rakyat. Konsep Satu Malaysia semestinya akan mangambil iktibar dari perjalanan sejarah ini demi keamanan dan kekuatan Malaysia sendiri.

Di negara kita, seperti yang telah saya sebutkan diatas, sejak kita mencapai kemerdekaan, dan semanjak berkuat kuasanya Perlembagaan, agama Islam merupakan agama negara, dan raja-raja Melayu merupakan sebuah institusi yang menjaga dan melindungi hal ehwal agama Islam.

Yang Di-Pertuan Agong dalam lafas penerimaan perlantikan Baginda, salah satu perkara yang disebutkan ialah melindungi agama Islam di negara ini. Malah kedudukan agama Islam sebagai agama negara yang ulung di dalam negara kita juga merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk mematubkan Islam sebagai agama negara merupakan satu persepakatan di antara al-marhum Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dengan ketua parti politik MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar rakyat Malaysia ketika itu. Dan sebagai jaminan untuk kekuatan dan keamanan negara jugalah, Perlembagaan memperuntukkan, agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing dalam dalam dan harmoni.

Kedudukan ini, saya rasa tidak mungkin disalah gunakan oleh sesiapa pun. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, tentulah Perdana Manteri manyedari hal ini ketika meletakan agenda pemerintahannya yang berkonsepkan ‘Satu Malaysia’.

Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perdamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing, dan dalam pendekatan mereka ketika membincangkan isi-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri. Konsep Satu Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekali pun.

Hal ini saya sebutkan, kerana senario masyarakat dunia pada hari ini menyaksikan kehadiran golongan radikal dan ekstremis dikalangan berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Kita menyaksikan kelahiran ekstremis agama di kalangan penganut agama Kristian, Hindu, Buddha, dan Islam sendiri, yang bertindak ganas dengan menyalahgunakan agama dan memperalatkan agama untuk golongan yang tertentu. Atau kerana kepentingan diri sendiri.

Source: www.1malaysia.org.my

--------------------------------------------------------------------------------------------------

  • SATU MALAYSIA
  • RAKYAT DIDAHULUKAN
  • PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.


Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Source: Blog Azlan Daniel

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 buat warga Malaysia. Secara tidak sedar, kita telah 52 tahun Merdeka sejak 1957. Apabila kita menyebut Merdeka, adakah tuan-tuan dan puan-puan tahu akan erti Merdeka? Terutamanya kepada generasi baru (Gen-Y). Sejak kebelakangan ini, semangat utk menyambut Hari Kemerdekaan semakin pudar. Apa yg terjadi? Salah siapa? Kenapa? Bagaimana nk naikkan balik semangat2 ini, terutamanya kita generasi muda, seterusnya generasi-generasi akan datang?

Nak ke, tak nak ke, kita perlu akur dimana golongan veteran (Gen-X or Baby Boomers) perlu terangkan kembali kepada kami, Gen-Y. Akan tetapi, Gen-Y kena la dengar, jgn duk syok sendiri dengan kemewahan dan kesenangan kita ada sekarang. Kalo duk syok2 sendiri, tak pikirkan tanggungjawab terhadap keluarga, bangsa dan agama, sekejap je lenyap ape yg ade skarang, bak kate pepatah "Bukan senang nk jadi senang, Bukan susah nk jadi susah". Umpamanya, nk buat rumah bukan main susah nak pikirkan design die, dari segi engineering, nk pikir management. Tapi kalo nk lenyap, bakar je, tak smpi setengah jam dah lenyap. Tinggal arang je.

So, Gen-Y perlu dengar apa yg Gen-X nk sampaikan, dan Gen-X perlu paham, kami hidup didalam keadaan sebegini, celik-celik dah ada lampu terang2, jadi cara pendekatan tu bagi saya kene "two communication" la. Dlm hal ni, Gen-Y perlu dengar dan menghayati sbb kita tak melalui zaman-zaman Gen-X (dan sebelumnya), so diorang la lebih berpengalaman. Secara keseluruhannya, mari kite bersatu, bertoleransi, saling memahami bantu-membantu utk meneruskan perjuangan-perjuangan yg nenek-moyang kita tinggalkan. Jgn tunggu smpi dah kritikal, baru nak cungap-cungap nk sedar. Kadang-kadang kita ni, tak kene lagi tu yg tak sedar tu. Jgn terkene baru nk menyesal kawan-kawan, sahabat-sahabatku.

Mari kita menyambut keMerdekaan yg ke 52 ini dengan penuh penghayatan dan rendah diri. Jgn biarkan org yg mahu kucar-kacirkan keamanan yg kita kecapi sekarang dengan sewenang-wenangnya. Mari kita memeliharakannya bersama-sama.

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Monday, August 24, 2009

Language(s)....

Dear Readers,

Today, I want to talk about language. How many languages do we have nowadays? How it is created? What is the purpose of language? And how powerful English as a tool for knowledge these days?

Yes, indeed, as far we are concerned, most of the communication in the worldwide right now is all in English. How we want to be strong in terms of mindset and behavior, attitude, culture etc? From this source I read, there are thousands of language until today. For me, language is very vital for a race/culture/religion/etc to progress. Is it worth we learn in English? How far it brings good for us? As far I'm concerned, learn a new things meaning gain more knowledge. Same goes to learn other language(s), make us more equip in conjunction with our progress right now. Honestly, until now, I'm not that perfect to write in English, or even speak in English. I do not have a lot of vocabs that I understand. But I try.

Btw, nothing wrong to learn a new things (such as new language). It gives us an extra credit and knowledge for it. The important of language is for communication in order us to understand what people trying to explain/tell to us. Through language, we even can learn faster. Imaging, we are still using symbol(s) to communicate today? I can't imagine that lol!

We have to thankful what we are now, and think ahead to do something better for our next generation(s). Have we think how our grand-grand parents fight for us so that we can live like this today? Do we ever think how we can have all these comfort if they were not fight and improve just for us?
Think back my dear friends and brothers, in order to be successful in the future and maintain all these comfort, and to improve it, we must explore a new things. How it can be done? Well, it is based on your judgment as long as the objective to have better life in the future as well as for our children.

Learn as many language(s) as you can now. Learn it for true intention, insyaAllah, God will help us, our religion, nation and race. Be thankful what you have now, do not regret later on. Keep improving.

TQ.

Sunday, August 23, 2009

Welcoming Remarks..

Assalamualaikum and Good Day everyone..

First of all thank you for visiting this blog. This blog is created only for person who really cares about their generation and future generation(s) in order to have better mindset. For me, we are living in comfort zone which we do not realized that we are slowly forget our past. Let us re-cap and discuss how we can improve in order to have better life which other respect us what and who we are.

Do not hesitate to throw your idea(s) in this blog. Thank you.